Sungguh malas rasanya nak sambung entry pasal Seoul pulak. Tapi duk fikir nanti sendiri nak cari info pun senang. Kotla tahun depan ada rezeki ke sana lagi kan. Lagi satu, ni salah satu cara membalas jasa bloggers tegar yang lain yang sudi memperuntukkan masa buat travelog diorang untuk pedoman orang orang seperti tuan tanah ini. Kamsahamnida :))
Kami start hari pertama kami kat Seoul agak lewat. Ni kan tour free and easy kami berdua. So memang relax pisang sangat trip. Maklumla kan dah pukul 1 tengah hari pun cuaca rasa macam pukul 7 pagi. hikhik.
Dari Hyehwa kami terus menuju ke kawasan Hongdae. Jangan pelik tau kalau cari dalam subway map takde nama Hongdae. Dae kat belakang tu maksudnya universiti. Nama universiti tu Hongik. So kira ni nama manja tempat ni Hongdae lah :)
Niat kami ada 2 kat sini. Satu nak ke Hello Kitty Cafe dan kedua nak ke Free Market setiap Sabtu jam 1pm onwards. Seoul ni mudah. Kalau ikut exit & direction yang betul, memang confirm akan jumpa. Paling teruk pun tanya je orang lalu lalang yang agak agak muda tu.
Direction nak pergi Hello Kitty Cafe: turun dekat Hongik Univ Station, Exit 9. Jalan straight pastu akan jumpa satu simpang. Lintas jalan tu dan immediate belok
kiri. Straight lagi sampai jumpa Tony Moly. Belok kanan kat simpang right after Tony Moly. Jalan je straight sampai jumpa Watsons sebelah kiri anda. Anda perlu belok ke kiri selepas Watsons dan tadaaa! Sure nampak Hello Kitty Cafe itu :)
Ada banyak juga pilihan menu yang boleh cuba. Tapi bear in mind, its not cheap though. Hihi. Takpala nak merasa kat negara orang kan. Feeling feeling makan Hello Kitty. Padahai tak minat pun.
So kami pilih caramel waffle. Rasanya dalam KRW5,000 gak waffle kecik ni. Apa? Tak sampai hati nak makan? Ahhh kami berdua sampai je. hihi. Cuba kalau waffle macam ni jual kat Malaysia RM15, memang kena sumpah seranah lah kedai tu kannn?
Ini invention bijak yang tuan tanah rasa cool gila! Maaflah sebab tuan tanah serius jakun tengok benda ni. Dia berdiameter macam coaster air tapi tebal sikit. Mula tak tau apa fungsi benda ni. Rupanya lepas order & bayar apa yang kita mahukan tu, kita boleh terus duduk. Bukan macam Starbucks kat tempat kita selalunya dia tanya nama kita apa kan? So bila air dah siap dia akan jerit panggil nama kita kan? Kat sana canggih uols. Benda alah ni akan vibrate. So kita tau air kita dah siap dan dah boleh ambil kat kaunter. Hebat kan?
Lepas dah melepaskan keinginan mencuba minum di kafe urban itu, kami teruskan berjalan di sekitar cafe tu. Memang meriah. Dengan kedai kedai baju, casing telefon dan paling meriah kedai jual stoking. Heaven betul.
Kan tuan tanah ada cakap kami memang niat nak ke sini untuk ke Free Market diorang. Sebenarnya kalau google, info kata Free Market tu dekat dengan pintu utama Hongik Universiti. Bunyi macam payah sangat kan? Tapi percayalah, bila dah sampai area sini ikut je orang orang sini jalan. Sure jumpa. Tapi bagi yang takut nak cuba. Sebenarnya kalau dari Tony Moly sebelum nak ke Hello Kitty Cafe tu, anda boleh jalan terus je sampai hujung jumpa pintu Hongik Univ macam kat gambar atas ni. Belok ke kanan dan akan ada Free Market itu belah kiri anda di playground.
Kebanyakan products yang dijual kat Free Market ni ialah barangan handmade craft. Dari handbag, clutch bag, topi, buku nota. Semuanya ada unsur kraft. Kalau anda memang suka benda benda kraftangan, memang sesuai la ke sini.
Takde beli apa pun kat sini. Hari pertama kan. Dedua masih takut takut nak spend duit. Maklumla masih ada banyak hari kan. Tapi tuan tanah suka betul tengok pelukis pelukis ni. Ada yang kemahiran lukis pakai pensel warna, ada yang pensel macam 2B tu, ada juga yang pakai cat air. Hebat. Tanpa guna pemadam pun.
KRW10,000 satu kepala. Kalau dalam gambar tu ada 2 kepala jadi KRW15,000. Haa dah paham kan kenapa tuan tanah guna perkataan satu kepala. Hehe
Kalau pada peminat Running Man, tau tak playground ni. Tuan tanah opkos la tahu. Haha. Episode diorang ajak artis artis hip hop tu. Memang sengih sengih amik gambar.
Ha dah katakan? Stoking memang ada dimana mana saja. Paling murah KRW1,000. Kalau KRW2,000 tu menipu la tu. haha. Survey dulu ye. So far tuan tanah jumpa kat Hongdae & Myeongdong je jual KRW1,000 satu pasang.
Dah petang dah time ni uols. So kami decide nak ke Crazy Tteokbokki sebenarnya untuk late lunch kami. Sekali ternampak restoran yang agak femes dikalangan bloggers yang ke Seoul.
Restoran Yoogane. Setelah diamati gambar yang dah di save dalam handphone yang tuan tanah cilok dari blog Skampung so confirmlah ini salah satu branch Yoogane. Kebanyakan bloggers makan kat sini kat branch Myeondong. Tapi oleh kerana kami ni tekak memang nak nasi, memang dah tak boleh tunggu sampai hari pi Myeondong dah. Kena makan hari ni jugak!
Cabaran menggunakan bahasa inggeris takla susah sangat kat sini. Dan betul, kat Malaysia je orang duk tengok tengok orang lain dengan riak wajah yang sedang mengjustifikasikan orang yang dipandang. Kat Seoul ni, tuan tanah macam invisible. Mungkin diorang takut dengan orang luar dan pura pura tanak pandang pun ye juga. Ataupun diorang memang mind their own business je.
Order memang mudah. Since menu ada dalam english. Bahasa tubuh memang banyak kalau nampak diorang blur. Air kosong disediakan. FOC. Side dishes juga FOC dan refillable. Yay! Ni la rupa marinated seafood fried rice kami yang digoreng oleh abang mata sepet. Kimchi dan kobis with mayonis on top juga disediakan sebagai side dishes. Mantap!
Tuan tanah ke sana kan ada pakai winter boots yang dibeli kat Universal Traveller e@Curve. 2 hari di Jeju tak terasa lenguh sebab pakai taxi tour kan. Hari ni betul betul rasa tak selesa. Tapak kasut memang tebal. Tapi insole dia keras. No cushioning at all. So memang effect emosi tuan tanah. Kesian kat Mimi sebab kena jalan slow slow sebab tuan tanah lenguh rasa nak tercabut kaki.
Jadi kami buat keputusan untuk terus pulang ke guesthouse selepas makan ni. Oh ya, kami tak ke Trick Art Museum di Hongdae sebab dah pergi kan yang Jeju punya. Kalau uols nak, museum tu terletak disimpang sebelum Tony Moly tadi ya :)
Jadi selepas makan malam yang dimasak oleh Mimi, decide nak jalan jalan area guesthouse kami. Happening bakhangg. Dengan stoking tebal dan berselipar. Selamba. Jalan punya jalan terjumpa kedai New Balance. Sempatla sambar satu walking shoes with extra cushioning. Tu la, sebelum tu degil tanak dengar kata orang. Beli kasut sukan je senang. Tayah nak mengada ngada nak pakai boots. Sudahnya dah beli boots, beli lagi kasut sukan. Takpala. Dah rejeki new balance Hyehwa nak dpt duit tuan tanah ye tak? Nasib salesgirl itu boleh cakap understandable english. Mudahla misi membeli kasut sukan. Hihi.
Dah settle pasal kasut untuk hari hari seterusnya, kami singgah ke Toms Toms Coffee. Cafe ni 24 jam. Tapi agak bising la. Sebab kebetulan masa tu kan dah Jumaat malam Sabtu, so ramai orang lepak sini. Ada satu group ni one of the member siap dah mabuk. Mungkin lepas mabuk mabuk, depa lepak ngopi pulak kan. So yang si mabuk tu cakap satu cafe dengar. Kawan kawan pulak gelak je. Agak merosakkan suasana tenang kami la.
Tapi overall I had a great day!
Oh Seoul...i'm fall in love....Japan also hikss..
ReplyDeleteBetul tu kalau ke sana autum, spring ke wlpun tgh still selesa berjalan susah nk berpeluh sebab sejuk...
JM, naz tak penah pergi Japan lagi. jd memang sekarang fall in love dengan Seoul lagi hehehe. Tp memang cuaca dia sentiasa rasa nyaman kan?
DeleteDan2 rase nak terbang pi seoul .. i miss nasik goreng itu!!!
ReplyDeletekann. buat entry pun rasa mcm nak beli tix sekarang jugak!
DeleteRindu Seoul juga. Statement dua orang yang baru balik dari Jepang. Kampung halaman tetap di hati kan Azra.
ReplyDeleteHamagad. Memang kenot go. Semua diatas baru balik jepang. mencik!
Delete1st time singgah sini..rindu seoul jgk myesal tak hupdate entri sal seoul nmpk gaya kne update jgk even dh berkulat citer tu
ReplyDeleteya allah maafkan saya sebab baru je perasan komen ni. hehehehe. salam perkenalan ye :)
Deleteni yang tak sabar nak ke sana..insyaAllah sy sampai sana Nov ni..tengah edit itinerary..excited!
ReplyDeleteAaa seronoknya nak pergi time winter. Ambil gambar banyak banyak tau. Kalau nak tgk2 itinerary saya, sy bole email kan
Delete